Tuesday, October 31, 2017

Resdung dengan masalah gigi

Artikel ini Kak Ida kongsikan melalui pembacaan Kak Ida dari Majalah MIDI.

Kita perlu sedar bahawa masalah gigi boleh membawa kepada punca resdung. Ini kerana mencabut gigi boleh meninggalkan kesan lubang pada gusi. Disinilah perlunya kita berjumpa doktor gigi untuk mencabut gigi. Elakkan mencabut sendiri gigi di rumah.

Akar gigi yang panjang menyebabkan lubang akibat gigi yang dicabut itu boleh menghubungkan antara rongga sinus dengan mulut. Ini menyebabkan bakteria bebas bergerak di kedua-dua bahagian tersebut sehingga akhirnya menyebabkan masalah resdung.

Biasanya lubang itu boleh ditutup apabila menggunakan ubat. Namun mereka yang mencabut sendiri giginya pasti tidak menggunakan ubat. Lalu kesan resdung bertambah buruk dan boleh mengancam masalah bau mulut.

Ekstra kesan resdung.
  • Gatal pada bahagian hidung dan muka.
  • Alah pada makanan laut.
  • Nafas berbau.
  • Bersin-bersin yang keterlaluan.

Harga bermula 1 November 2017

Harga bermula 1 November 2017